Otak
menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf
yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi
membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang
membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua
aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah
natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh
karena itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf
otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini
menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain
untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak
mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeda dan semakin
kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar
dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam
kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan
perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan
melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya,
apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang
kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan
saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti
saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir,
terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar